Awan Oort (bahasa Inggeris:
Oort Cloud) adalah awan komet berbentuk sfera yang dipercayai berada sekitar 50,000 hingga 100,000 unit astronomi
AU dari matahari (sekitar 1,000 kali ganda jarak Matahari ke planet
Pluto); dengan cakera dalamnya pada laluan ekliptik matahari dari kawasan Kuiper.
Walaupun tiada pemerhatian langsung telah dibuat pada awan sebegitu, ia
dipercayai sebagai sumber kebanyakan komet yang memasuki kedalam sistem suria
(sebahagian komet jangka pendek mungkin berasal daripada Lingkaran Kuiper
Kuiper), berdasarkan pencerapan orbit komet.
Pada tahun 1932 Ernst Öpik, astronomi Estonia,
mengusulkan cadangan bahawa komet berasal dari awan yang mengorbit dipinggir
sistem solar. Pada tahun 1950
idea tersebut dihidupkan kembali dan diusulkan oleh astronomi Belanda
Jan Oort untuk menerangkan keadaan pertentangan
yang timbul: komet termusnah selepas beberapa kali melalui sistem solar, oleh
itu jika komet yang kita pantau telah wujud semenjak permulaan sistem solar,
tidak ada komet yang sepatutnya masih tinggal sekarang. Menurut teori tersebut,
awan Oort mengandungi berjuta-juta nukleus komet, yang stabil disebabkan
sinaran matahari adalah lemah pada jarak tersebut. Awan Oort membekalkan komet
baru secara berterusan, menggantikan yang telah dimusnahkan.
Awan Oort
dijangka sebagai baki nebula asal yang mengucup untuk membentuk matahari dan planet lima juta
tahun dahulu, dan awan Oort dikatakan tertambat lemah pada sistem solar. Teori
pembentukan awan Oort yang diterima umum adalah; objek awan Oort mulanya
terbentuk lebih hampir dengan Matahari sebagai sebahagian proses yang sama pembentukan planet dan asteroid,
tetapi interaksi graviti dengan gergasi gas muda seperti Jupiter melontar
mereka ke orbit parabolik atau elips amat panjang. Proses ini juga bertindak
mencampak objek keluar dalam bentuk satah ekliptik, ini menjelaskan bentuk
taburan sfera awan. Ketika berada di orbit kawasan yang jauh keluar, interaksi
graviti dengan bintang yang terletak berhampiran, menukar orbit komet dengan
lebih lanjut dan menjadikan orbit komet lebih bulat.
Ia dipercayai
bahawa sistem bintang
yang lain kemungkinannya turut mempunyai awan Oort mereka sendiri, dan bahagian
luar awan Oort bintang-bintang yang berlainan boleh bertindan, menyebabkan
kadang-kala berlakunya pencerobohan komet ke bahagian dalam sistem solar.
Sehingga kini,
hanya satu kemungkinan awan Oort telah dijumpai; planetoid Sedna. Dengan orbit dianggarkan
antara 76 sehingga 850 AU, ia adalah lebih hampir daripada jangkaan dan mungkin
tergolong sebagai "dalam" awan Oort. Jika Sedna benar-benar tergolong
dalam awan Oort, ini mungkin bererti bahawa awan Oort adalah lebih padat dan
lebih hampir dengan Matahari berbanding yang dianggarkan sebelum ini. Pekara
ini mencadangkan bahawa kemungkinan Matahari pada awalnya berfungi seolah
sekumpulan bintang padat; mempunyai beberapa jiran rapat semasa pembentukan
awan Oort; ini berdasarkan andaian bahawa objek yang dilontar oleh gergasi gas
akan mempunyai orbit pusingan yang lebih hampir dengan matahari berbanding
sekiranya ia berlaku dengan jiran yang lebih jauh.
No comments:
Post a Comment